Wednesday, December 28, 2011

Lonjakan 21











Apa citer lak aihh pasneh? huhu... sedar2 da 21, muda siot aku, hahaha... Bermulanya kisah baru, tertulisnya lembaran baru, nk lebih baik atau sebaliknya hanya kita yg menentukan... 'Just Be Prepare' dengan apa yg bakal menyusul.. Tapi 'Hopes and Dreams' yg lepas x tercapai pown lg.. huhuhu, xpa2 kita 'renew' jew laa, haha...

:- yeahhh, hepy b'day to me

Monday, December 26, 2011

Salam takziah dan juga tahniah

SALAM TAKZIAH...

diucap buat arwah Uncle aku yg menghadap ilahi pada 8 disember 2011... hari yg agak menyedihkan buat semua yg mengenali arwah... urmmm, mna tidaknya sebab arwah memang 'happy go lucky'.. sentiasa senyum dan ceria, apa2 pown Allah lebih sayangkannya....

p/s : Tabahlah wahai sepupu-sepupuku....


SALAM TAHNIAH...

 nie pulak aku tujukan khas buat 'ex-classmate' aku msa skolah rendah.. salwa ngan zaharah sebab sudah bertemu jodoh dengan pilihan masing2.. dah selamat ijab kabul pown pada 10 disember 2011... tahniah, tahniah, tahniah, moga kekal sampai ke akhir usia... 

p/s : Siap2 kanlah diri untuk menjadi isteri dan ibu

Monday, November 21, 2011

Senang merancang, tp bukan senang melaksanakan

arghhh... cakap jew lebeyy, hahaha (ayat tue aku tujukan utk aku sndiri).. sbb dulu bukan main 'letup' cakap mcm2, tup2 satu mende x jalan mcm yg di 'letup-letup' kn.. hampeh... maybe xde rezeki lg kot (ayat putus asa bercampur malu), huhuhu.... da malas nk layan soklan yg 'klise' pastu da malas jugak nk kasi jawapan yg jugak 'klise', haha... xpa2 perjalanan masih jauh kawanku, pelan2 kayuh... insyaAllah 

Sunday, August 14, 2011

Satu janji yg tidak ditepati





cakap soal janji.. urmmmm, berat2.. huhu, salah satu ciri org munafik kalau berjanji x tepati... aku ni kira munafik la kan?? sorry sngt2 to my BFF especially to Rai**** atas kemungkiran janji ini.. salah aku ka ea?? adushh, ntah laa tp sapa la yg nk ngaku salah sndiri kn.. hahaha, terletaknya sesuatu kepercayaan juga atas utuhnya sebuah ikatan janji, janji secara dasar tonggak kepada sesuatu ikatan... sbb tu kalau terputus janji macam2 boleh jadi... urmmm, tp aku da nekad, mybe nie yg terbaik utk aku.. papa pown try dulu, insyaAllah kalu ada umur panjang kita jmpa la lg, insyaAllah... lurve u all, rindu korang sangat2.. begitu besar erti satu perjanjian... 

Sunday, August 7, 2011

santapan rohani

Allah doesn't have a Blackberry or iPhone, but Allah is my favourite contact .

Allah doesn't have Facebook , but Allah is my bestfriend .

Allah doesn't have Twitter , but I follow Allah .

Allah doesn't have Myspace , but Allah is my Top Friend .

And


Allah doesn't have internet , but I am connected to Allah


*not just a word, but something that give such a lot of meaning  

Sunday, July 3, 2011

futuristik

1- KITA BERTANYA : KENAPA SEHINGGA KINI AKU BELUM ADA JODOH, SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK AKU ?
ALLAH MENJAWAB :"Wanita-wanita
yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji
adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik
adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk
wanita-wanita yang baik (pula)." [Surah An Nur : Ayat 26]

2-KITA BERTANYA : AKU ORANG BUJANG LAGI MISKIN, MAKAN DAN MINUM PUN CUKUP
HANYA UNTUK KEPERLUAN SENDIRI. APAKAH AKU LAYAK UNTUK BERKAHWIN ?
ALLAH MENJAWAB :"Dan
kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan
kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan
perempuan.
Jika
mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah
kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi
Maha Mengetahui." [Surah An Nur : Ayat 32]

3- KITA BERTANYA : TAPI ORANG MASIH LAGI MENGATAKAN AKU BELUM LAGI MAMPU BERKAHWIN ?
ALLAH MENJAWAB:"Dan
orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka
menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka
dari limpah kurniaNya.." [Surah An Nur : Ayat 33]

4-KITA BERTANYA : WALAUPUN MASIH BELUM MAMPU UNTUK BERKAHWIN AKU JUGA
INGIN HIDUP BAHAGIA SEPERTI INSAN-INSAN LAIN, BERKASIH SAYANG,
MEMPUNYAI PASANGAN HIDUP DAN ZURIAT, APAKAH AKU LAYAK UNTUK SEMUA ITU?
ALLAH MENJAWAB :"Dan
di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu
isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa
tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.." [Surah Ar Rum : Ayat 21]

5- KITA BERTANYA : KALAU BEGITU AKU LAYAK LAH UNTUK BERKAHWIN, TAPI APAKAH CARANYA UNTUK MENCARI PASANGAN HIDUP?
ALLAH MENJAWAB :"Dan
Tuhanmu berfirman: "Berdo'alah kepada-Ku, niscaya akan Ku perkenankan
bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari
menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina".
[Surah Al Mu’min : Ayat 60]

6- KITA BERTANYA : AKU SUDAH BERDOA, TAPI SEHINGGA KINI BELUM LAGI DIMAKBULKAN DOANYA?
ALLAH MENJAWAB :”Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat”. [Surah Al-Baqarah : Ayat 153]
”Kerana
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah
kesulitan itu ada kemudahan”. [Surah Alam Nasyrah : Ayat 5 – 6]

7- KITA BERTANYA : AKU TAHU SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN. TAPI, APAKAH TIDAK ADA CARA LAIN YANG MAMPU AKU BUAT?
ALLAH MENJAWAB :”Hai
orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia
akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. [Surah Muhammad : Ayat 7]

8- KITA BERTANYA : KALAU BEGITU, BAGAIMANAKAH CARANYA ?
ALLAH MENJAWAB :"Sesungguhnya
Allah pasti menolong orang yang menolong agamaNya. Sesungguhnya Allah
benar-benar Maha Kuat lagi Maha Kuasa.." [Surah Al-Hajj : Ayat 40]

9- KITA BERTANYA : SETELAH SEMUA ITU DILAKUKAN, BILAKAH PULA ALLAH AKAN MENOLONG AKU?
ALLAH MENJAWAB :"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.." [Surah Al-Baqarah : Ayat 214]
Itulah jawapan Allah buat orang yang bertanya..
Dan Allah swt, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang tidak akan menyalahi janji-janji NYA.
Inilah juga keyakinan yang PERLU ada pada setiap mukmin dan mukminat. Insyaallah..

Monday, June 6, 2011

Titik perubahan

rasa2 mampu x aku banggakan family aku?? rasanya pelaburan diorang antar aku blaja jaoh2, abskan duit beribu-ribu nie berbaloi x?? boleh ka aku jd macam yg diorang harapkan?? mampukah aku balas jasa diorang?? mampukah aku jaga diorang bila aku dakeja nanti?? macam berat ja kan nk jawab soklan nie, urmmmm... bila dipikir memang ar susah nak janji pown susah apatah lagi nak bersumpah.. harap2 segala berjalan lancar sebagaimana yg dirancang... blajaq pown da habis, maka tamatlah dunia DIPLOMA.. lepas nie nk langkah ke dunia kerjaya lak.. urmm nk wat apa la lepas nie?? keja apa?? gaji?? side income lain ada x?? ckup ka nk sara family?? bila boleh kawen?? soalan, soalan, soalan... hahaha. x kan habis punya soalan tentang hidup.. jalan terbaik jadikan saat ini sebagai titik perubahan dalam hidup bagi memastikan tercapainya matlamat.. (sekurang-kurangnya hampir2 sampai)

Sunday, January 9, 2011

1 Azam

lambaian 2011, hahaha mcm x leh blah jaa... bla sbut tahun baru memang bnyk bnda baru... antara yg baru kompom2 la, adik baru hahaha(jeles plak adik2 yg laen)... misi hidup pown kena laa baru.. misi kali nie nk habiskn diploma pastu cari 2 peluang.. pertama cari peluang ke ijazah (x mo UiTM) sbb ada mmbe ckp x bgus.. hahaha (kontroversi jaa) haha... kedua peluang kerja... pikir2 balik start saat neh skurang2 nk kene ada pngalamn kerja.. so, jln termudah ambik ja krja kosong yg mana ada.. hahaha... baru aku taw yg keja tue memang la susah... baru la aku blajaq cara nk hrgai dwet.. susah ow nk dpt.. moga2 tahun 2011 tahun rezeki untuk aku (tahun buat dwet)... hahahahahahaha